March 3, 2012

Persoalan: Bukan Banned Lelaki!

Salam pada semua yang menyinggah...
Seriously lama sgt dah aku tak singgah ke blog ni..
sejak habis blaja and sekarang dah keje...
Plus lagi kat ofis blok facebook ngan blogger...
huhu...balik keje penat, pukul 10 malam je mata aku dah layu...

*Jambangan Mawar Putih Tuk sape yang singgah *

Sejak akhir2 ni bebanan keje yang banyak mula lah wat kepala aku denyut lagi lebih..
That's mean sakit migrain aku yang dah lama tak singgah, ter"programme " semula dalam kepala aku...
apa nak buat, memang aku akui aku cepat rasa tertekan...
jadi nak sakit atau apa aku terpaksa la tanggung...
Actually banyak benda yang nak di share kan sama2...
3 bulan dah tak online kt blog, that's mean ade 3 bulan punya cerita..hahaha
*over sangat nih..hehe

Cerita yang aku nak share lebih pada pendapat, macam ne ea...maksud aku yg lebih pada persoalan la...huhu...harap faham la ye maksud aku ni..
hehehe...
1. Apa perasaan korang sebagai seorang perempuan ade seorang lelaki cakap,"mengandung bukannya susah, macam2 ubat ada sekarang and nanti baiklah...
Persoalan dalam kepala aku: Adakah lelaki ini berfikir sebelum bercakap?
Pernahkah lelaki ini terfikir susahnya dan perihnya seorang ibu melahirkan seorang zuriat, membawa anaknya ke mana saja selama 9 bulan?
Dan risiko ketika melahirkan adalah nyawa si ibunya?
Dan kesukaran si ibu, bengkak kaki dan alah pada bauan contohnya, sehingga muntah2 dan sebagainya??
Serius, aku tak dapat terima masa pertama kali dengar lelaki ni cakap macam tu and hati aku sakit serta kepala aku tak boleh pikir sesuatu yg positif pun dari apa yang dia cakapkan tu...
2. Apa perasaan korang bila seorang lelaki mengatakan seorang perempuan lembab pada satu perkara yang korang baru belajar, maksud aku berniaga dan handle pelanggan yang sgt ramai time and that time korang tengah fikir how to control the condition?
Persoalan dalam kepala aku: Bukan semua orang terjadinya sempurna..ada yang belajar secara sedikit demi sedikit, dan pengalaman mengajar kita sedikit demi sedikit...it's my first time berniaga dan masa tu aku hanya mampu diam dan bersabar...hati aku hanya pujuk hati sendiri dan muka mamat tu tak bersalah and aku ade rase macam nak tumbuk muka dia pun ade...
3. Ape perasaan korang bila ade seorang lelaki yang mengakui sudah yakin mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami tetapi tak mampu berfikir yang nafkah keluarga seorang lelaki patut sediakan serba serbi ?maksud di sini makan pakai...dan bertanya pula kenapa dia sebagai lelaki tak boleh gunakan duit isteri dan berkata pula akan tetap guna duit isteri ketika isteri nya itu tidak tahu dan tidak beri izin..
Persoalan dalam fikiran aku: Setahu aku dengan ilmu dalam kepala aku ni yang belum cukup dan masih sangat sedikit, seorang suami wajib menyediakan nafkah keluarganya dan hartanya berhak pada isteri dan anaknya...dan si isteri harta nya berhak ke atas anaknya saja bukan pada suaminya melainkan isterinya sendiri mengatakan hartanya itu adalah harta sepencarian nya bersama suaminya dan boleh dikongsi bersama...jika ada yang silap di sini mohon maaf...tetapi itulah yang aku tahu dan sebab itu jugalah dikatakan tanggungjawab seorang suami dan ketua keluarga itu sangat berat.

Sebagai seorang perempuan yang tidak punya kelebihan akal seperti lelaki, aku hanya mampu menahan sabar apabila lelaki ini berkata sebegini pada aku...
Mungkin ada yang tertanya siapa lelaki yang bertanya dan berkata sebegini??
Jawapan aku: Lelaki yang ku sedang pertimbangkan patutkah menjadi imam dan peneman hidup aku sepanjang hayat...
ini saja persoalan yang mampu ku cerita kat sini, tetapi jika diingatkan mungkin lebih dari ini tetapi persoalan ni sahaja sudah cukup melambangkan keperibadian nya...
Jujur sebagai seorang perempuan dan mungkin juga bagi perempuan lain, hancurnya hati aku bila mengenangkan kata2 nya tu...
* Tak perlu aku letak gambarnya di sini dan gambarnya memg takde kat blog ni...aku tidak terlalu kejam utk aibkan lelaki itu*
Mungkin aku patut lenyapkan saja hasrat aku untuk "mendirikan masjid" bersamanya...

*kepada pembaca lelaki, saya yakin masih ramai yang masih baik di luar sana dan tidak semua seperti ini, yang mempunyai kelebihan akal untuk berfikir sebelum menuturkan kata2...maaf juga jika ada yg mengguris perasaan*

Mulakan hari anda dengan Senyuman,
Jika hari ni mendung saja yang menyinggah di hati, Yakinlah pasti ada mentari yang menyinari di hari akan datang ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...